Khamis, 21 Jun 2012

PREMIUM BEAUTIFUL: ORANG KITA...

Assalamualaikm... Salam sejahtera...

Terdetik pulak untuk menulis sesuatu, teringat lagu Abu Bakar Elah, Orang Kita... Saya biasa panggil beliau Uncle Burn sebab pernah sama-sama bertugas dengan mummy di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (formerly known as Majlis Perbandaran Kota Kinabalu), MPKK.  Bah lain cerita, kenapa agaknya orang kita susah nak maju? Susah nak mara ke depan? Susah mau buat keputusan untuk berubah? Jawapan yang sama bila selalu ditanya, "Aku tak berminat la", "Aku tak pandai bisnes la", "Aku malu la" paling biasa dengar "Kamu la buat dulu", "Bah kamu jak la duluan"... 
Betul la kata jutawan Multimillionnaires/Millionaires CDM Kak Ana dengan CDM Abang Lan. Mereka memberi gambaran situasi seperti berikut:

Situasi Pertama, Orang India cakap " Ayoyo berapa ribu boleh dapat"?

Situasi Kedua, Orang Melayu cakap "Korang buatlah dulu".


Situasi Ketiga Orang Cina cakap "Gua buat dulu la"...


Jadi, janganlah marah kalau orang Cina selalu di depan, ramai yang hidup senang lenang dan kaya raya. Bukan tak boleh, boleh tapi kita sebagai golongan majoriti di Malaysia ni lah sepatutnya rebut peluang yang ada. Kita pun mau maju, mau hidup senang, orang cakap financial freedom, bebas hutang kan? Tak payah tengok orang lain la saya sendiri umur nak masuk 30 tahun ni pun masih banyak hutang yang perlu dilangsaikan, kesian hubby yang susah payah. Saya tak boleh terlalu harapkan hubby, if anything happened to me, him or us (nauzubillah) anak-anak saya macam mana? Saya dan kita  kena fikirkan ni semua, sekurang-kurangnya kehidupan masa depan anak-anak terjamin...


Si kakak yang penyayang :)




Saya target sebelum umur 35 tahun saya mau bebas hutang, ada simpanan yang banyak untuk anak-anak, paling utama mau hantar mummy menunaikan haji & umrah di tanah suci Mekah, Insya Allah. Kalau rezeki semakin murah teringin nak sama-sama ke tanah suci. Kalau sebelum ni banyak kali terfikir nak bantu insan-insan yang kurang bernasib baik, dan dapat bantu ala kadar je, tapi lepas ni nak betul-betul bantu mereka golongan yang sangat memerlukan...


Bah, belum terlambat untuk membuat keputusan, masih ada masa untuk memikirkan bagaimana kita nak mengubah hidup kita menjadi lebih, lebih baik. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada, alhamdulillah sangat bersyukur tapi kita hendaklah sentiasa mahu maju dan berjaya dalam hidup, bak kata seorang kawan 'HARTAWAN DUNIA, JUTAWAN AKHIRAT' insya Allah biarlah ianya seiring. Selain ingin nak membantu kawan-kawan, sahabat-handai, kaum keluarga, malah sesiapa sahaja yang mahukan perubahan dalam hidup. Mahukan kehidupan lebih selesa lebih baik... Jom kita sama-sama berubah ke arah itu... MARI MULAKAN LAANGKAH PERTAMA


ameera
0138783483

ameera82@gmail.com





Tiada ulasan:

Catat Ulasan